Sambung belajar Master (Pt. 1)

Memang ada dalam plan nak sambung belajar, to at least Masters, sebab cita-cita nak jadi lecturer lulz. My initial plan was; 1. finish degree before September 2017, 2. Master in UK/Australia, 3. Apply jadi lecturer. Maybe sebab kepala dah set cenggitu, tak terpikir langsung, ada ke Plan B? Conclusion dia, takde doh. So, teruskan je la dengan Plan A, tapi apa yang jadi penghalang utama nak teruskan dengan Plan A? Duit.
Penghalang lagi satu, internship yang akan sebabkan aku terpaksa complete degree aku in September, jadi antara masa aku nak apply dengan masa aku dapat semua document yang dia nak tu sangat sempit, basically, memang tak sempat nak apply untuk intake September 2017.
Tu memang silap yang paling utama, and aku memang akui yang itu memang silap aku, patutnya aku apply kat department untuk buat internship masa Year 3, tapi gara-gara confusion dengan department yang kunun-kunun cakap hanya final year student ja boleh apply, aku terlepas untuk mohon internship pada Tahun 3 (also sebab aku tak complete required department subject). Jadi, padan muka aku gak, now step 1 tu dah tergendala. Mak aku selalu kata, aku ni pendek akal sikit, jadi kalau korang perasan nanti, semua life decision aku memang a result of my kependekkan akal.
Jadi, untuk rectify kesilapan aku tu, aku berazam nak sediakan segala benda yang lain, just in case masih ada peluang.

November 2016, dah siap pergi edu fair UK dekat KLCC, dapat network dengan agen-agen education/education counselors yang boleh tolong apply-kan ke university di UK. Banyak top universities kat situ. Akhirnya, hanya IDP dan UKEC yang rajin contact aku. And aku memang sarankan kedua-dua agen ni sebab dorang memang profesional dan berpengalaman. IDP, kalau nak ke Australia pun boleh. Btw, service ni free ya, agen-agen ni dapat untung dari commission yang diberi University bila kita register as their student. Nak apply ke university overseas memang senang, and ada jugak dapat conditional offer letter dari universiti-universiti yang aku apply sendiri, tapi kalau korang nak LAGI senang, just leave it to these agents, dorang akan bagitau document yang korang kena bagi untuk apply and guide korang dari application sampai visa, accommodation etc bila korang dah sampai kat uni korang.

Disember 2016, sebelum sem tu habis, aku dah mintak kat lecturer yang aku kenal and aku berani nak communicate, untuk tuliskan aku recommendation letters. Usually universities akan mintak dua orang. Aku mintak lecturer finance yang aku dah kenal selama 1 tahun (atau 2 tahun?? lol tak ingat) dengan lecturer Entrepreneruship yang selalu puji group aku haha. So ok, aku rasa aku on track.

Februari 2017, by this time aku dah dapat recommendation letters aku, alhamdulillah. Now, nak submit ke agent aku untuk start application process. Aku buat dengan IDP sebab entah, at the time aku rasa dorang lagi responsive. Super fast response, siap list kan universiti yang aku boleh apply, plus aku mention apa masalah aku (transcript akan dapat lewat). Tapi time dia nak mintak aku list of universities yang aku nak apply, aku mcm tak respond. Aku pun tak ingat kenapa aku tak respond. Maybe sebab terpikir pasal duit. Tapi aku rasa mcm bodoh gak, patut aku apply je, duit ada ke takde tu lain cerita la kan? Oh btw, aku tak bagitau pun parents aku yang aku buat benda2 ni, tapi dorang tau la plan aku nak buat master lepas degree. Tapi ye la, time tu pun aku macam tak buat research betul2. Haih banyak la masalahnya.

So, permohonan aku setakat mcm tu je, aku just hantar document je. Then tiba2 mula la aku sibuk dengan final sem, dengan pikir pasal internship dengan placement yang tak dapat2. Akhirnya, aku tak buat apa2 pun. Tergendala macam tu je.

So, ni kira background cerita yang leads up to my current situation. Aku akan cerita apa next step aku, and in what situation am I currently in. See you in Part 2.

No comments:

Post a Comment

Summer in Seoul [Day 1 Part 2]: Lotte World Mall (Hard Rock Cafe Seoul), Hangang Park, Itaewon

Selepas puas ambil gambar di COEX, itinerary kitorang adalah menuju ke Hangang Park yang ada tulisan 'I SEOUL U' gedabak besar ...