Selepas puas ambil gambar di COEX, itinerary kitorang adalah menuju ke Hangang Park yang ada tulisan 'I SEOUL U' gedabak besar tu. Tapi tiba-tiba, akak yang ikut group kitorang tu tanya, Hard Rock Cafe dekat tak dengan sini sebab adik lelaki dia nak pergi. Aku mula-mula cakap jauh, sebab aku rasa jauh Lotte World Mall tu, tapi bila search, rupanya dia dalam line subway yang sama dari COEX, di stesen Jamsil. So, sebab kesian kat mamat tu yang dah follow kitorang setengah hari amik gambar, aku pun dengan confident lari dari itinerary dan sambung perjalanan ke Jamsil untuk cari Hard Rock Cafe di Lotte World Mall.
Keluar je dari stesen, kitorang dah nampak Lotte World Tower yang tinggi tu, btw, tower ni adalah tower tertinggi di Seoul, dan skyscraper ke-5 tertinggi di dunia. Sebab tinggi sangat kitorang ingat, wow, dah dekat dah ni, tapi jalan punya jalan, tak sampai-sampai. Rupa-rupanya...
Kitorang salah stesen.
Dan tau tak bila kitorang sedar yang kitorang turun salah stesen? Bila kitorang dah sampai kat depan Lotte World Mall. Aku tak ingat salah aku ke salah orang lain yang tengok nama stesen tu. Rupa-rupanya kitorang turun kat Stesen Jamsil-3-nae, which is the station sebelum Stesen Jamsil. Ye, tu je bezanya. Tapi jauh jarak dia ya allahhh, memang nak tercabut weh kaki. Nah tengok aku punya health tracker untuk hari tu, 18,529 langkah. And kalau korang perasan, hari ke-4 (8/9/2017) lagi banyak steps, sebab kitorang jalan dari pukul 8am sampai 11pm.
Sampai je ke entrance LWM, korang akan disambut oleh decoration serba emas. Sorry la takde gambar, aku tak tau kenapa aku tak ambil banyak gambar sepanjang trip ke Seoul ni kalau nak dibandingkan dengan trip aku ke Tokyo Jan/Feb lepas. Balik Malaysia baru menyesal bila tengok tak banyak gambar. Dan sini terletak segala luxury stores, just name it, Prada, LV, Gucci. Golongan tak berduit macam kitorang ni terus la beredar nak cari Hard Rock Cafe untuk puaskan hati the only guy in the group. Dah sampai tingkat lima, rupa-rupanya Hard Rock Cafe tu is ON THE OTHER SIDE of the mall. Bayangkan kaki yang nyawa-nyawa ikan tu, kena pulak berjalan lagi. Dah sampai Hard Rock Cafe, aku biarkan akak dan adik dia shopping. Aku, dan dua kawan lagi yang tak berapa minat pergi cari toilet.
Dah lepaskan hajat (lol), kitorang turun ke bawah untuk teruskan itinerary ke Hangang Park. By this time, semua orang dalam group dah complain sakit kaki, tak nak naik subway, nak naik bas. Nak naik bas tapi takde sorang pun search bas mana satu ciss. So, kitorang relax dulu kat park dalam kawasan Lotte World Tower.
Setelah tidak berjaya untuk cari bas ke Hangang, kitorang naik la Subway, kali ni di stesen yang betul iaitu Jamsil station, tapi awas, entrance subway yang dekat dengan LWM tu sebenarnya jauh gila dengan platform, maka, dengan hati tak rela, terpaksa berjalan lagi.
Waktu sampai ke Hangang, matahari dah takde (around 7pm), nak ambil gambar kat 'I SEOUL U' tu pun dah tak nampak huhu. But wow, the view was nice, the weather was nice, ambiance dia pun very nice. Nampak ramai gila orang muda melepak, maybe sebab summer, so kat kawasan berumput tu penuh gila couple-couple yang lovey-dovey tahap nak muntah.
Kawan aku cakap pukul 8pm ada light show kat bridge tu, mula-mula kitorang tunggu jugak. Tapi kitorang yang tak dinner lagi ni risau kedai tutup (and kat Korea mana ada kedai mamak, huhu, so grateful for mamak), so kitorang say bye-bye to Hangang dan bergerak ke Itaewon.
Hangang Park dengan Itaewon tu jauh ok, aku rasa pukul 9 lebih baru sampai. Sampai ke Itaewon, kedai-kedai makanan yang dekat dengan masjid semua dah tutup. Konon nak makan kat Eid (untuk lunch, dalam original itinerary), tapi sebab dah penat, (dan jalan kat Itaewon tu berbukit teroks!) kitorang decide untuk makan kat Siti Sarah. Unfortunately, Korean food tak ada, cuma ada makanan Indonesia ja. Our first dinner in Seoul, makan ayam roasted dengan nasi. Tak sedap. Dan harganya, 10,000KRW (RM38) kita berhuhuhu je la.
Also unfortunately, aku tak sempat nak ke masjid, sebab by that time, dah pukul 10pm dah. Sempat ke gate dia je :(
So that's the end of our first day in Seoul!
No comments:
Post a Comment