Ok, ni sambungan dari Part 1. Kalau korang tak baca pun takpe sebab takde effect pun cerita ni. (Rasanya). Tapi kalau korang curious, pergi la baca. Takde sape menghalang.
Aku sebenarnya graduate satu sem lebih awal (sepatutnya Januari 2018, tapi aku graduate September 2017). Tujuan aku pendekkan study sebab nak convo tahun 2017. Tersangatlah bodoh impian aku tu haha. Tapi sebab course aku memang tak banyak credit hour macam Accounting, and sebab aku tak pernah skip short semester, 3.5 tahun tu memang cukup, jadual aku padat tapi aku tak pernah rasa macam tak boleh handle.
Internship/practical training is a component yang ada 3 credit hour, so kalau nak graduate kena la pass. Dan aku buat internship ni right after aku habiskan class2 aku. So kiranya, lepas intern ni terus grad je la pada bulan September. Aku ada mention pasal ni dalam Part 1, pasal kenapa tak intern time Tahun 3. Ni sumpah still penyesalan paling besar untuk aku. Jadi plan baru aku: 1. Apply graduate/training program selama 1 tahun atau 2 tahun. 2. Apply Master untuk September 2018. Ni paling ideal la dari Plan A aku, sebab at least aku ada working experience.
So, by the time aku tulis post ni, dah 5 minggu aku habis internship, dan sudah 5 minggu aku hilang arah. Tapi ok, aku malas nak cerita pasal tu, so aku sambung cerita pasal perjalanan aku nak sambung study Master.
Sejurus selepas aku habis intern, aku bersuka ria pergi ke Seoul dengan kawan-kawan aku. Ye, memang ke arah pengakhiran intern pun aku macam endah tak endah je pasal future aku. Aku ada la apply graduate program macam Khazanah ke apa, tapi heh, tak dilayan langsung. By the time aku habis intern, aku sedar aku tak minat banking, (padahal course aku ada kaitan), jadi aku terus tak jadi apply mana-mana bank untuk program training dorang. Bila aku balik dari Seoul, aku terus bukak jobstreet, terus contact apa2 connection yang aku ada masa aku apply untuk intern. Konon, at least ada la sorang yang nak interview aku within the 2nd week. HAHAHAHAAH. So naive.
By the second week, third week, haram, satu benda pun takde. Ada Public Bank je yang call mintak datang untuk interview Sales position. Padahal aku apply management trainee. Hmmm. Ok, tak minat. (Ye, time ni aku still picky, ye la, baru 3 minggu unemployed). Aku pun mula risau. Aku tak nak la jadi penganggur tegar, and makin aku job hunt, makin aku rasa semua kerja aku tak minat tapi hikmahnya aku rasa makin pasti aku nak apa, aku nak jadi academician. So kalau nak jadi academician kena buat apa? Still kena ambik masters la!
Sambil aku job hunt (and end up tak apply apa2 kecuali management trainee positions), aku jugak survey universiti di Australia, sebab dorang ada intake Feb/Mac 2018. Ni pun selepas mak aku cakap, sambung Masters je la terus since aku nak jadi lecturer. (Seminggu lepas tu dia ubah fikiran, suruh aku cari kerja pulak, tak ke stress aku macam ni) So ok, I guess, Plan C: 1. Sambung Masters in early 2018, 2. Apply jadi lecturer.
Aku apply kat universiti yang tak berapa nak top tapi still ada reputation la. Reason is, aku malas nak bayar application fee yang beratus2 (contoh: UNSW, UoSydney, UoMelbourne semua kena bayar application fee) so aku apply universiti yang ada free application sebab, no harm kan? Kalau tak dapat kita tak rugi beratus2 (but ofc, this is a bad mentality, kalau u minat, apa-apa kos tu kira investment la kan?) so aku apply beberapa universiti termasuk Wollongong, Curtin, RMIT, Macquarie dll. Alhamdulillah, selepas seminggu, nearly semua university reply dengan Conditional Offer Letter. Sumpah excited gila weh, sape tak excited, tak kena reject haha. Condition dia aku kena hantar certificate of completion/transcript (yang sampai sekarang aku still tak dapat).
Then sampai ke part yang paling menyedihkan, duit. Haih, duit. Anggaran kos untuk sara hidup + yuran pembelajaran kat Australia dalam RM200,000 lebih kurang. Setelah research, baru aku tau Australia ialah destinasi paling mahal untuk study abroad. Lebih mahal dari US dan UK.
Berminggu-minggu, daripada second week aku menganggur, sampai la ni, aku research pasal biasiswa and student loan untuk pascasiswazah. Dulu, kita ada pinjaman boleh ubah MARA, JPA, Bank Rakyat etc. Tapi sekarang, hampa... PINJAMAN pun susah nak cari. Aku jumpa la pinjaman Bank Rakyat, kira personal loan la. Tapi, hmm, bayangkan berhutang RM200,000 dengan takde kerja haha.
So, aku still tak sure apa aku nak buat. Aku akan still apply ke universiti di Australia secara suka-suka haha (nak cuba try test the water) tapi mana aku nak cari duit :(
PS: Korang boleh follow perjalanan aku by clicking the label 'sambung belajar'
PS: Korang boleh follow perjalanan aku by clicking the label 'sambung belajar'
No comments:
Post a Comment