Summer in Seoul [Day 1 Part 2]: Lotte World Mall (Hard Rock Cafe Seoul), Hangang Park, Itaewon


Selepas puas ambil gambar di COEX, itinerary kitorang adalah menuju ke Hangang Park yang ada tulisan 'I SEOUL U' gedabak besar tu. Tapi tiba-tiba, akak yang ikut group kitorang tu tanya, Hard Rock Cafe dekat tak dengan sini sebab adik lelaki dia nak pergi. Aku mula-mula cakap jauh, sebab aku rasa jauh Lotte World Mall tu, tapi bila search, rupanya dia dalam line subway yang sama dari COEX, di stesen Jamsil. So, sebab kesian kat mamat tu yang dah follow kitorang setengah hari amik gambar, aku pun dengan confident lari dari itinerary dan sambung perjalanan ke Jamsil untuk cari Hard Rock Cafe di Lotte World Mall.


Keluar je dari stesen, kitorang dah nampak Lotte World Tower yang tinggi tu, btw, tower ni adalah tower tertinggi di Seoul, dan skyscraper ke-5 tertinggi di dunia. Sebab tinggi sangat kitorang ingat, wow, dah dekat dah ni, tapi jalan punya jalan, tak sampai-sampai. Rupa-rupanya...

Kitorang salah stesen.

Dan tau tak bila kitorang sedar yang kitorang turun salah stesen? Bila kitorang dah sampai kat depan Lotte World Mall. Aku tak ingat salah aku ke salah orang lain yang tengok nama stesen tu. Rupa-rupanya kitorang turun kat Stesen Jamsil-3-nae, which is the station sebelum Stesen Jamsil. Ye, tu je bezanya. Tapi jauh jarak dia ya allahhh, memang nak tercabut weh kaki. Nah tengok aku punya health tracker untuk hari tu, 18,529 langkah. And kalau korang perasan, hari ke-4 (8/9/2017) lagi banyak steps, sebab kitorang jalan dari pukul 8am sampai 11pm.



Sampai je ke entrance LWM, korang akan disambut oleh decoration serba emas. Sorry la takde gambar, aku tak tau kenapa aku tak ambil banyak gambar sepanjang trip ke Seoul ni kalau nak dibandingkan dengan trip aku ke Tokyo Jan/Feb lepas. Balik Malaysia baru menyesal bila tengok tak banyak gambar. Dan sini terletak segala luxury stores, just name it, Prada, LV, Gucci. Golongan tak berduit macam kitorang ni terus la beredar nak cari Hard Rock Cafe untuk puaskan hati the only guy in the group. Dah sampai tingkat lima, rupa-rupanya Hard Rock Cafe tu is ON THE OTHER SIDE of the mall. Bayangkan kaki yang nyawa-nyawa ikan tu, kena pulak berjalan lagi. Dah sampai Hard Rock Cafe, aku biarkan akak dan adik dia shopping. Aku, dan dua kawan lagi yang tak berapa minat pergi cari toilet. 

Dah lepaskan hajat (lol), kitorang turun ke bawah untuk teruskan itinerary ke Hangang Park. By this time, semua orang dalam group dah complain sakit kaki, tak nak naik subway, nak naik bas. Nak naik bas tapi takde sorang pun search bas mana satu ciss. So, kitorang relax dulu kat park dalam kawasan Lotte World Tower.




Setelah tidak berjaya untuk cari bas ke Hangang, kitorang naik la Subway, kali ni di stesen yang betul iaitu Jamsil station, tapi awas, entrance subway yang dekat dengan LWM tu sebenarnya jauh gila dengan platform, maka, dengan hati tak rela, terpaksa berjalan lagi.

Waktu sampai ke Hangang, matahari dah takde (around 7pm), nak ambil gambar kat 'I SEOUL U' tu pun dah tak nampak huhu. But wow, the view was nice, the weather was nice, ambiance dia pun very nice. Nampak ramai gila orang muda melepak, maybe sebab summer, so kat kawasan berumput tu penuh gila couple-couple yang lovey-dovey tahap nak muntah.

Kawan aku cakap pukul 8pm ada light show kat bridge tu, mula-mula kitorang tunggu jugak. Tapi kitorang yang tak dinner lagi ni risau kedai tutup (and kat Korea mana ada kedai mamak, huhu, so grateful for mamak), so kitorang say bye-bye to Hangang dan bergerak ke Itaewon.

Hangang Park dengan Itaewon tu jauh ok, aku rasa pukul 9 lebih baru sampai. Sampai ke Itaewon, kedai-kedai makanan yang dekat dengan masjid semua dah tutup. Konon nak makan kat Eid (untuk lunch, dalam original itinerary), tapi sebab dah penat, (dan jalan kat Itaewon tu berbukit teroks!) kitorang decide untuk makan kat Siti Sarah. Unfortunately, Korean food tak ada, cuma ada makanan Indonesia ja. Our first dinner in Seoul, makan ayam roasted dengan nasi. Tak sedap. Dan harganya, 10,000KRW (RM38) kita berhuhuhu je la.

Also unfortunately, aku tak sempat nak ke masjid, sebab by that time, dah pukul 10pm dah. Sempat ke gate dia je :(



So that's the end of our first day in Seoul!

Sambung belajar master (Pt. 2)


Ok, ni sambungan dari Part 1. Kalau korang tak baca pun takpe sebab takde effect pun cerita ni. (Rasanya). Tapi kalau korang curious, pergi la baca. Takde sape menghalang.

Aku sebenarnya graduate satu sem lebih awal (sepatutnya Januari 2018, tapi aku graduate September 2017). Tujuan aku pendekkan study sebab nak convo tahun 2017. Tersangatlah bodoh impian aku tu haha. Tapi sebab course aku memang tak banyak credit hour macam Accounting, and sebab aku tak pernah skip short semester, 3.5 tahun tu memang cukup, jadual aku padat tapi aku tak pernah rasa macam tak boleh handle.

Internship/practical training is a component yang ada 3 credit hour, so kalau nak graduate kena la pass. Dan aku buat internship ni right after aku habiskan class2 aku. So kiranya, lepas intern ni terus grad je la pada bulan September. Aku ada mention pasal ni dalam Part 1, pasal kenapa tak intern time Tahun 3. Ni sumpah still penyesalan paling besar untuk aku. Jadi plan baru aku: 1. Apply graduate/training program selama 1 tahun atau 2 tahun. 2. Apply Master untuk September 2018. Ni paling ideal la dari Plan A aku, sebab at least aku ada working experience.

So, by the time aku tulis post ni, dah 5 minggu aku habis internship, dan sudah 5 minggu aku hilang arah. Tapi ok, aku malas nak cerita pasal tu, so aku sambung cerita pasal perjalanan aku nak sambung study Master.


Sejurus selepas aku habis intern, aku bersuka ria pergi ke Seoul dengan kawan-kawan aku. Ye, memang ke arah pengakhiran intern pun aku macam endah tak endah je pasal future aku. Aku ada la apply graduate program macam Khazanah ke apa, tapi heh, tak dilayan langsung. By the time aku habis intern, aku sedar aku tak minat banking, (padahal course aku ada kaitan), jadi aku terus tak jadi apply mana-mana bank untuk program training dorang. Bila aku balik dari Seoul, aku terus bukak jobstreet, terus contact apa2 connection yang aku ada masa aku apply untuk intern. Konon, at least ada la sorang yang nak interview aku within the 2nd week. HAHAHAHAAH. So naive.

By the second week, third week, haram, satu benda pun takde. Ada Public Bank je yang call mintak datang untuk interview Sales position. Padahal aku apply management trainee. Hmmm. Ok, tak minat. (Ye, time ni aku still picky, ye la, baru 3 minggu unemployed). Aku pun mula risau. Aku tak nak la jadi penganggur tegar, and makin aku job hunt, makin aku rasa semua kerja aku tak minat tapi hikmahnya aku rasa makin pasti aku nak apa, aku nak jadi academician. So kalau nak jadi academician kena buat apa? Still kena ambik masters la!


Sambil aku job hunt (and end up tak apply apa2 kecuali management trainee positions), aku jugak survey universiti di Australia, sebab dorang ada intake Feb/Mac 2018. Ni pun selepas mak aku cakap, sambung Masters je la terus since aku nak jadi lecturer. (Seminggu lepas tu dia ubah fikiran, suruh aku cari kerja pulak, tak ke stress aku macam ni) So ok, I guess, Plan C: 1. Sambung Masters in early 2018, 2. Apply jadi lecturer.

Aku apply kat universiti yang tak berapa nak top tapi still ada reputation la. Reason is, aku malas nak bayar application fee yang beratus2 (contoh: UNSW, UoSydney, UoMelbourne semua kena bayar application fee) so aku apply universiti yang ada free application sebab, no harm kan? Kalau tak dapat kita tak rugi beratus2 (but ofc, this is a bad mentality, kalau u minat, apa-apa kos tu kira investment la kan?) so aku apply beberapa universiti termasuk Wollongong, Curtin, RMIT, Macquarie dll. Alhamdulillah, selepas seminggu, nearly semua university reply dengan Conditional Offer Letter. Sumpah excited gila weh, sape tak excited, tak kena reject haha. Condition dia aku kena hantar certificate of completion/transcript (yang sampai sekarang aku still tak dapat).

Then sampai ke part yang paling menyedihkan, duit. Haih, duit. Anggaran kos untuk sara hidup + yuran pembelajaran kat Australia dalam RM200,000 lebih kurang. Setelah research, baru aku tau Australia ialah destinasi paling mahal untuk study abroad. Lebih mahal dari US dan UK.

Berminggu-minggu, daripada second week aku menganggur, sampai la ni, aku research pasal biasiswa and student loan untuk pascasiswazah. Dulu, kita ada pinjaman boleh ubah MARA, JPA, Bank Rakyat etc. Tapi sekarang, hampa... PINJAMAN pun susah nak cari. Aku jumpa la pinjaman Bank Rakyat, kira personal loan la. Tapi, hmm, bayangkan berhutang RM200,000 dengan takde kerja haha.

So, aku still tak sure apa aku nak buat. Aku akan still apply ke universiti di Australia secara suka-suka haha (nak cuba try test the water) tapi mana aku nak cari duit :(

PS: Korang boleh follow perjalanan aku by clicking the label 'sambung belajar'

Summer in Seoul [Day 1 Pt 1]: COEX Starfield Library + SM Artium




Kami sampai di Incheon awal pagi pada 8am (7am waktu Malaysia), turun flight je rasa mengantuk yang amat Ya Allahhhh. Tidur aku asik2 terganggu, tapi at least ada la jugak aku tidur sikit dalam 2 jam mcm tu. Lepas dah go through immigration and baggage, kitorang terus cari train ke guesthouse. Incheon dan Seoul lebih kurang 2 jam jugak naik train, lebih jauh kalau nak bandingkan dengan KLIA-KL. So dari Incheon kami ambik AREX sebab kitorang dapat voucher dari KTX yang kawan aku dah collect dari showroom dia di Nu Sentral. Voucher tu untuk express train dari harga asal 14,800KRW jadi 8,000 ke 6,000KRW, lol tak ingat. Tapi seingat yang aku survey, train biasa (all-stop) harganya cuma 4,600KRW, jauh tu beza, aku cakap dengan kawan aku pasal tu, korang nak murah ke nak mahal? Aku rasa masa perjalanan mungkin tak beza sangat. So last-last, semua setuju untuk buang voucher tu dan terus ke platform train all-stop.
Dalam banyak-banyak voucher yang pihak KTX bagi, dia juga ada bagi kad T-Money, which is similar to Touch n Go la. Dalam tu ada 2,000KRW yang dorang siap top-up bagi free. Tapi mana cukup kan? So kitorang top-up 30,000KRW, bagi aku 30k tu cukup untuk 5 hari perjalanan, tapi ada kawan aku yang top-up dalam 5,000KRW lagi masa hari ke-4 sebab aku tak ikut pergi Everland dengan dorang.



Seksa jugak naik AREX all-stop ni. Aku bayangkan macam ERL jumlah stops dia, rupanya double ok. Kitorang berhenti dekat Seoul Station dan tukar line (dalam dua kali tukar kot) ke line 3 untuk ke Apgujeong. Dalam itinerary original, kitorang bajet sampai ke guesthouse waktu pagi, dalam pukul 11 gitu, tapi rasanya dah tengah hari baru kitorang sampai haha. Alhamdulillah, berhasil gak usaha aku print map dari naver untuk cari rumah dari stesen subway, berjaya jumpa guesthouse tanpa internet (kitorang sewa wifi dari guesthouse) dan tanpa sesat.

Sebab kitorang sampai right after peak season, according to the owners, guesthouse tu memang kosong and dorang takde masalah untuk check-in kitorang awal (waktu check-in biasa is 2pm), so lepas check-in kitorang sempat baring-baring, solat Zohor, then perut lapar, owner guesthoust (Melayu) suggest kitorang gi makan kat kedai sebelah, and dia bagi menu Muslim-friendly. (Meaning, kedai tu tak halal, tapi korang boleh order things like fried egg, seafood)


Nama kedainya Gangnam Shikdang 강남식당 and ni memang kedai orang local datang. Takde sorang pun tourist kecuali kitorang. So korang boleh agak la harga dia pun berpatutan jugak. (Actually aku bingung mcm mana dia kira bill kitorang tapi end up murah la). Kawan aku order fried egg satu, agaknya dia pikir macam telur dadar kat Malaysia kot. Pastu kitorang order nasi lima. Ajumma tu bingung, apehal order telur satu tapi nak nasi lima??? Berkali-kali dia tanya, pastu dia gelak kat dapur. Kitorang pun gelak, sebab ni first time kot kitorang datang, and menu dia takde gambar, semua tulisan hangul. Bila dia bawak keluar telur sebijik tu, baru kitorang paham kenapa dia gelak. Bill kitorang, kalau tak silap total dia 24,000KRW (RM89), bahagi lima orang dalam RM17.80, kira murah gila la (by Korean standards).

Menu yang kitorang order: 1. Sotong Spicy, 2. Ikan Tuna Goreng (sedap gila u ols), 3. Fried egg (yang sebijik tu hahaha). Nasi dan side dishes dia bagi free. Air pun free.

Dah kenyang, kitorang sambung bingung nak pergi mana. Kalau ikut itinerary original, kitorang pergi Itaewon utk ke masjid dan untuk makan. Tapi sebab kitorang dh solat kat guesthouse, and dah makan, kitorang decide pergi Gangnam, sebab area yang kitorang duduk tu pun dalam district Gangnam. Aku ikut je la kehendak dorang.

Dari Apgujeong kitorang gerak ke COEX (tak silap aku stesen Samseong) keluar je dari stesen kau dah boleh nampak SM Artium owned by SM Entertainment. Aku sebenarnya tak minat pun SM artists (kecuali f(x)) tapi lepas tengok vlog Joan Keem aku rasa mcm interested nak tengok ada apa kat dalam and aku ada plan nak belikan adik aku souvenir, dia hardcore fan EXO dan SNSD. Kawan aku pun suka SM artists, so aku ajak dia masuk. Free je kalau nak masuk. 


Artium ni bertingkat-tingkat and it mostly serves as a gallery and artist shops. So korang nak beli album EXO ka, Red Velvet ka, semua ada kat sini. Tingkat atas ada SU:M cafe, sumpah cute gila dengan decor dia yang aku minat. Tapi aku end up tak beli apa-apa pun. 

Aku rasa kitorang stuck kat sini lama gila sebab tunggu kawan-kawan aku amik gambar artist kpop haha. Keluar dari Artium kitorang pi cari library. And memang tak jauh pun dari Artium, memang beberapa langkah je dah nampak signboard. 


And the library, omagaaaa. Sumpah tergamam gila bila tengok. It's so, soooo pretty. Kat sini pun kitorang amik gambar je la. Library ni dalam mall ye. It's such a good idea untuk galakkan orang membaca. Sebab ni hari weekday, ramai student dan orang tua yang datang melepak kat sini. Tapi aku rasa tempat ni sangat la tak sesuai nak study haha, rata-rata aku tengok orang main phone and relax2. (which is good too)



Sambung belajar Master (Pt. 1)

Memang ada dalam plan nak sambung belajar, to at least Masters, sebab cita-cita nak jadi lecturer lulz. My initial plan was; 1. finish degree before September 2017, 2. Master in UK/Australia, 3. Apply jadi lecturer. Maybe sebab kepala dah set cenggitu, tak terpikir langsung, ada ke Plan B? Conclusion dia, takde doh. So, teruskan je la dengan Plan A, tapi apa yang jadi penghalang utama nak teruskan dengan Plan A? Duit.
Penghalang lagi satu, internship yang akan sebabkan aku terpaksa complete degree aku in September, jadi antara masa aku nak apply dengan masa aku dapat semua document yang dia nak tu sangat sempit, basically, memang tak sempat nak apply untuk intake September 2017.
Tu memang silap yang paling utama, and aku memang akui yang itu memang silap aku, patutnya aku apply kat department untuk buat internship masa Year 3, tapi gara-gara confusion dengan department yang kunun-kunun cakap hanya final year student ja boleh apply, aku terlepas untuk mohon internship pada Tahun 3 (also sebab aku tak complete required department subject). Jadi, padan muka aku gak, now step 1 tu dah tergendala. Mak aku selalu kata, aku ni pendek akal sikit, jadi kalau korang perasan nanti, semua life decision aku memang a result of my kependekkan akal.
Jadi, untuk rectify kesilapan aku tu, aku berazam nak sediakan segala benda yang lain, just in case masih ada peluang.

November 2016, dah siap pergi edu fair UK dekat KLCC, dapat network dengan agen-agen education/education counselors yang boleh tolong apply-kan ke university di UK. Banyak top universities kat situ. Akhirnya, hanya IDP dan UKEC yang rajin contact aku. And aku memang sarankan kedua-dua agen ni sebab dorang memang profesional dan berpengalaman. IDP, kalau nak ke Australia pun boleh. Btw, service ni free ya, agen-agen ni dapat untung dari commission yang diberi University bila kita register as their student. Nak apply ke university overseas memang senang, and ada jugak dapat conditional offer letter dari universiti-universiti yang aku apply sendiri, tapi kalau korang nak LAGI senang, just leave it to these agents, dorang akan bagitau document yang korang kena bagi untuk apply and guide korang dari application sampai visa, accommodation etc bila korang dah sampai kat uni korang.

Disember 2016, sebelum sem tu habis, aku dah mintak kat lecturer yang aku kenal and aku berani nak communicate, untuk tuliskan aku recommendation letters. Usually universities akan mintak dua orang. Aku mintak lecturer finance yang aku dah kenal selama 1 tahun (atau 2 tahun?? lol tak ingat) dengan lecturer Entrepreneruship yang selalu puji group aku haha. So ok, aku rasa aku on track.

Februari 2017, by this time aku dah dapat recommendation letters aku, alhamdulillah. Now, nak submit ke agent aku untuk start application process. Aku buat dengan IDP sebab entah, at the time aku rasa dorang lagi responsive. Super fast response, siap list kan universiti yang aku boleh apply, plus aku mention apa masalah aku (transcript akan dapat lewat). Tapi time dia nak mintak aku list of universities yang aku nak apply, aku mcm tak respond. Aku pun tak ingat kenapa aku tak respond. Maybe sebab terpikir pasal duit. Tapi aku rasa mcm bodoh gak, patut aku apply je, duit ada ke takde tu lain cerita la kan? Oh btw, aku tak bagitau pun parents aku yang aku buat benda2 ni, tapi dorang tau la plan aku nak buat master lepas degree. Tapi ye la, time tu pun aku macam tak buat research betul2. Haih banyak la masalahnya.

So, permohonan aku setakat mcm tu je, aku just hantar document je. Then tiba2 mula la aku sibuk dengan final sem, dengan pikir pasal internship dengan placement yang tak dapat2. Akhirnya, aku tak buat apa2 pun. Tergendala macam tu je.

So, ni kira background cerita yang leads up to my current situation. Aku akan cerita apa next step aku, and in what situation am I currently in. See you in Part 2.

Hello.

5 Oktober 2017
Minggu menganggur: 5

Tak pasti sebenarnya apa point buat blog ni. Sekadar nak isi masa tengah menganggur. Hidup dah takde haluan dah sekarang hahaha. Semua sebab tak tau nak buat apa, minat apa, nak kerja apa, nak belajar pulak, duit takde heh. Jadi hopefully, dengan tulis blog, at least dapat keluarkan segala isi kepala ni in writing form. Sebenarnya dari dulu tak pernah simpan blog, sebab tau malas. Possibly, blog ni pun tergendala dalam beberapa minggu. Kot2 ni satu je post dalam blog ni? 

Kenapa blog dalam Bahasa Melayu? Padahal I even think in my head in English, dream in English? Mungkin sebab tu, Bahasa dah makin teruk lepas SPM hahaha so kita ambil la peluang ni untuk memperbaiki Bahasa Melayu. Honestly, English memang penting, and I'm proud to be one of those yang dari kecik tak pernah ada problem dengan English, nak interview pun, most people pretty impressed with my English. Kecik2 kalau speaking tu memang belagak gila la sebab pandai hahaha. Tapi bila dah besar rasa macam sayang gila kat Bahasa, and I'm so proud that my parents brought me up to be bilingual sebab tau ramai dah generasi sekarang yang Bahasa dia memang habuk nokharam. But at the same time, tengok la, I will blog bahasa rojak gak, so sorry la kepada sesape yang pening baca. But personally I think this is how my language comes naturally in my head. Kepada grammar/tatabahasa nazi yang tak suka, mohon tekan butang X.

I think I've listed down some of the things yang nak tulis kat blog ni, cuma nak tak nak, rajin tak rajin je.

See you.

Summer in Seoul [Day 1 Part 2]: Lotte World Mall (Hard Rock Cafe Seoul), Hangang Park, Itaewon

Selepas puas ambil gambar di COEX, itinerary kitorang adalah menuju ke Hangang Park yang ada tulisan 'I SEOUL U' gedabak besar ...